Selasa, 16 Disember 2014
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
Sabtu, 13 Disember 2014
Selasa, 4 November 2014
TUNKU ABDUL RAHMAN
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki
yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang
ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul
Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak
(Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.
Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul
Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa
parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di
luar istana dan
pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan
melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya
Pendidikan
Tunku
bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayudi
sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris.
Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini
dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau
belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada
tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School).
Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR
Cheeseman dan SM Zainal Abidin.
Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada
tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut
pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.
Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan,
beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua
sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari
segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada
sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya
hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di
England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengantengkolok.
Mula-mulanya,
Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar
kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar
dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku
tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu
peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak,
beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada
tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati
dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan
undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya,
Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah
pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau
dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton,
Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai
Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim
daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai
Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada
tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji
Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya
berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940,
beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am
Selatan Kedah.
Pada 9
Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak
wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya
sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia,
Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus,
seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan
Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan
tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19
Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan
Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun.
Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku
kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang
pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku
menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh
itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih
sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain,
dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa
itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga
berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan
menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25
tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]
Seorang
yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak
antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada
tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau
memegang sehingga 1976.
Keluarga
Pada
tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam
yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan
dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah.
Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di
Kuala Nerang, Kedah.
Selepas
kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di
England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed
Ahmad al Sagoff.
Tunku
mengalami nasib yang sama seperti Tunku
Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet
oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed
Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar
Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini
direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya diKedah.
Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil
tiga anak angkat iaitu
Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang
berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang
cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
Kerjaya
politik
Selepas
pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di
sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di
mana beliau menjadi Timbalan
Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang
Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada
tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah
hebat di kalangan kaum Melayu di
tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai
partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn
meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden
yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Laluan ke
kemerdekaan.
Pada tahun 1954, Tunku
mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk
memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama
diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti
campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian
menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada
tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.
Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku
dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaanMalaysia yang
biasa.
Sebagai
Perdana Menteri
Selepas
kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan
ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung.
Tunku
pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam
ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun
1961 di Singapura. Pada 16 September 1963,
dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun,
faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang
menaikkan bahagian kaum Cina sehingga
hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan
sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada
pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan
mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di
sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya
Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau
tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan
PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya
Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7
Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen
haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan.
Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua
pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang
kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini
untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi
pada 9 Ogos 1965.
Pada
tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan
Asia Tenggara (ASA)
yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan
ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaituPersatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),
pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum
1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu
mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di
Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul
Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN,
sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.
Kuasa
Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang
parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian
masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kegiatan
Islam
Selepas
menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku
mengasaskan Pertubuhan
Kebajikan Agama Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada
penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun
sebelum kematiannya.
Pada
1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan
daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang
pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada
1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC)
dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian
menubuhkan Bank Pembangunan
Islam sebagai sebuah
institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis
Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982
sehingga 1988.
Kehidupan kemudian
Pada
1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat
khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya.
Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back")
dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It")
kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir
mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan
Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar
"UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir
yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang
merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh
Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Meninggal dunia
Dalam
tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di
Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990
sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan
esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
Garis masa
·
1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana
Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
·
1913 (umur
10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan
Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah
Debsirindir, Bangkok.
·
1916 (umur
13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
·
1919 (umur
16): Belajar di England.
·
1925 (umur
22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan
kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
·
1927 (umur
24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
·
1930 (umur
27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
·
1931 (umur
28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong
Pegawai Jajahan di Kulim.
·
1932 (umur
29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
·
1933 (umur
30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina
di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku
Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad
Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
·
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet
Coulson di Geylang Serai, Singapura.
·
1935 (umur
32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu
, perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
·
1937 (umur
34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak
sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai
Petani.
·
1938 (umur
37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang
undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya
yang telah diceraikan , Violet Coulson.
·
1939 (umur
36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin
dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh
Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
·
1940 (umur
37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
·
1941 (umur
38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
·
1947 (umur
44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner
Temple.
·
1949 (umur
46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai
Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala
Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya,
dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
·
1946: Menyertai UMNO.
·
1951 (umur
48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan
jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang
pertama di Kedah.
·
1954 (umur
51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
·
1955 (umur
52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London
diadakan.
·
1956 (umur
53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik
pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
·
1957 (umur
54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak
antarabangsa.
·
1958 (umur
55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958
– 1976).
·
1960 (umur
57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk
membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
·
1961 (umur
58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan
Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca
Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
·
1963 (umur
60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
·
1967 (umur
64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar,
iaitu Association of Southeast Asian Nations.
·
1969 (umur
66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik
sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
·
1971 (umur
68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan
digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
·
1982 (umur
79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP)
(1982 – 1988).
·
1990 (umur
87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
Langgan:
Catatan (Atom)